Wednesday, 22 June 2011

pesta benak 2011

SRI AMAN – Bandar Sri Aman dijangka menjadi tumpuan ribuan orang pengunjung ketika berlangsungnya sambutan Pesta Benak Sri Aman 2011 bermula 1 hingga 4 Julai ini nanti.
Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk James Dawos Damit berkata Pesta Benak Sri Aman 2011 bakal akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan acara menarik ketika berlangsungnya sambutan pesta terbabit selama lima hari nanti.
Antara aktiviti terbabit adalah Lumba Benak Berperahu, Regatta, Bazaria dan Promosi Produk, Miss Tourism Benak, Pameran dan Fotografi Benak, Sri Aman Kicthen, Rythm Of 1Malaysia, Benak Idol, Luncuk Benak, Jet Ski, Pentas Kebudayaan, Dekramasi Puisi, Karnival Belia Keusahawaan dan Pertandingan Hip Hop 1Malaysia.
“Fenomena Air Pasang Raya @ Benak (King Tide) akan mencecah 5.5 meter pada 1 Julai, 5.7 meter pada 2 Julai, 5.9 meter pada 3 Julai dan 6 meter pada 4 Julai nanti,” katanya ketika berlangsung sidang media di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Sri Aman hari ini.
Beliau menambah bahawa Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud akan merasmikan Pesta Benak Sri Aman 2011 sekitar jam 10 pagi pada 2 Julai ini.
Menteri Muda Kemajuan Tanah Sarawak, Datuk Francis Harden dan Residen Sri Aman, Abdul Rahman Sebli Sanusi hadir sama pada sidang media itu.

No comments:

Post a Comment